The Expert

E-mail Print PDF

 
Assalammualaikum.Syukur ke hadrat ilahi atas sedikit ilmu yang di berikan untuk meneruskan perjuangan dibidang yang amat saya minati.Syukur juga atas kesihatan yang baik serta rezeki yang diberikan olehnya.Semoga segalanya baik hingga akhir hayat nanti.

Tahun 2009 yang agak mencabar saya mulakan dengan pelbagai perkara baru didalam hidup saya.Bermula dengan hanya bantuan rakan-rakan seperjuanngan,dan akhirnya saya akan mengecapi segala nikmat hidup sebagai wedding photographer.Amin dan syukur,tahun 2009 adalah tahun dimana saya bangkit semula setelah pelbagai dugaan yang terjadi pada 2008.Insyallah saya akan cuba hindari semua kesilapan saya dan cuba untuk membuka satu lembaran baru dalam hidup saya.

Ahmad Fairus bin Mohammed Noor,anak kepada HJ Mohammed Noor bin Mokhtar & Hjh Maimunah binti Ahmad,orang tua saya telah meniggal dunia pada umur saya 12 tahun lagi.Saya berusaha keras untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup saya dan keluarga.Anak bongsu dari 3 beradik ini berasal dari Puchong,Selangor.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Puchong,Batu 14 dan menyambung pelajaran ke sekolah menengah di Batu 8,Puchong.Setelah habis belajar saya menyambung pelajaran saya di Cosmopoint Kuala Lumpur.Hidup yang penuh dengan liku-liku ini di lalui tanpa mak dan ayah di sebelah memberikan sokongan.

Pendidikan awal sebagai wedding photographer hanya bermula ketika saya mengenali teman-teman yang juga photographer.Banyak ilmu yang saya pelajari dari mereka.Berkat ketabahan serta kesabaran,akhirnya saya telah berjaya membangunkan satu brand yang di kenali sebagai Myphotographer Malaysia.Kisah saya sebagai wedding photographer hanya bermula setelah saya memasuki kolej.Pada ketika saya sedang memandu di Kuala Lumpur,terlihat perkahwinan kaum cina,saya terlihat kenapa photographer dan videographer nya begitu,seperti photojounalis.Pada masa ini,saya masih meminati bidang video,bukan foto.Jadi untuk pertama kalinya saya bermula perniagaan saya adalah dari video.Setelah beberapa  bulan memegang kamera video,saya tak puas,jadi saya tekad untuk menjadi wedding photographer.

Pak Wan,adalah antara nama besar dalam industri photography Malaysia.Saya memasuki kelas Pak Wan  di Pertama Kompleks.Saya mengenali beberapa rakan termasuk guru saya yang pertama adalah Ikhlas Ridzuan.Disini juga saya mengenali rakan yang lain.Yang saya ingat hanya Amy dari Klang(atau rock)ini adalah rakan saya semasa belajar di Pak Wan.Lalu saya juga mengenali ghafur,terima kasih grafur atas bantuan anda.

Setelah selesai kelas bersama Pak Wan,bermulalah lembaran baru saya sebagai wedding photographer.Pada satu wedding,saya bertemu Albad,dan kami sepakat untuk bekerjasama dan tertubuhlah Myphotographer Malaysia.Terima kasih Albad,terlalu banyak ilmu yang diberikan oleh Albad,Albad juga memperkenalkan saya Aidil.Dan sehingga sekarang mereka ini adalah antara guru saya.

Banyak teman-teman saya yang mengajar saya bagaimana untuk menjadi wedding photographer yang berjaya,antaranya,Munzir,Shaiful Rizal,Abang Kamarulzaman,Syarin Aziz,webmaster saya,hairudy,Sofian dan ramai lagi.Jasa anda tidak akan saya lupa.

Setelah beberapa tahun di dalam industri ini,saya telah beberapa kali merakam gambar perkahwinan artis terkenal seperti Syura,Nana & Faizal,Nadia Mustafar,Haiza & Lisdawati.Dan juga beratus VIP yang pernah rakamkan.Saya juga pernah merakam gambar perkahwinan di Indonesia.Ini semua adalah hasil kerja keras saya dan teman-teman.

Ramai juga tema-teman saya dari Indonesia yang memberikan saya sokongan,seperti Kenvin Pinardy & Arwan Fish Foto.Banyak hasil kerja mereka yang saya minati dan menjadi inspirasi buat saya.

Akhir kata,saya akan pastikan Myphotographer akan hidup sampai bila pun.Isyaallah.Amin...

 

 

Last Updated ( Thursday, 26 March 2009 17:31 )  

Picture Update

Update New!